Tuesday, November 5, 2013

Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-8, 2013

Majlis Perasmian Konvensyen oleh YB Datuk Hjh. Fatimah bt. Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak.

Konvensyen yang bertema 'Sarawak Harmoni, Kemakmuran Dinikmati : Pendidikan Berkualiti Untuk Memenuhi Keperluan Kanak-Kanak' telah berlangsung pada 1-3 November di RH Hotel, Sibu.  Seramai 450 guru-guru prasekolah dan tadika dari berbagai agensi kerajaan dan swasta telah menghadiri konvensyen ini.  Empat kertas kerja telah di bentangkan , diikuti dengan sesi bengkel dan diakhiri dengan Forum.

Ucaptama ' Meeting Children's Needs For Quality Education'' oleh Prof. Madya Dr. Mariani bt. Md. Nor, Universiti Malaya.
KK2 : 'Developmentally Appropriate Practices in Inculcating Cultural Harmony'  oleh Dr. Siti Zaleha bt. Reduan, IPG Batu Lintang, Sarawak.
KK3 :  'Children's Rights To Be Children in Preschool'' oleh Prof Madya Dr. Norsiah Fauzan,  Universiti Sarawak Malaysia.
YB Puan Rosey bt. Yunus, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia sedang memerhati aktiviti guru-guru KEMAS.
Beberapa agensi kerajaan dan NGO telah turut serta Konvensyen ini dengan mengadakan pameran. 
 
 
 
 
Gerai Pustaka Negeri Sarawak
Pada malam hari Sabtu 2 November  - berbagai persembahan dari peserta yang telah menghiburkan dan mencuit hati.  Persembahan dari guru-guru prasekolah kerajaan.
Persembahan dari Persatuan Pengasuh Kanak-Kanak Berdaftar Sarawak
Ahli panel forum yang bertajuk  'Parental Expectations And Involvement in Early Childhood Development' bersama YB Puan Rosey bt. Yunus.  Ahli panel (L-R) :  Prof Madya Dr. Ong Puay Hoon, UNIMAS, Pengerusi Forum, YB Puan Rosey bt. Yunus,  Puan Noriah Ahmad, Pengarah Kebajikan Masyarakat  Negeri Sarawak,  Dr. Lambat Lindong, SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong.
Kenangan manis bersama : (L-R)  Puan Hjh. Juiter Abang, Pengerusi 3PAKS, Puan Noriah bt. Ahmad,  Dr. Siti Zaleha bt. Reduan,  YB Puan Rosey bt. Yunus,  Puan Hjh. Fatimah bt. Mohd. Sahdan (Tadika Astana), Puan June Abdullah (Tadika Astana) dan Datu Adi Badiozaman Tuah, Pengarah  Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.
    





No comments:

Post a Comment