Pandangan Islam Berlandaskan Al-Quran dan Ahli Falsafah dan Pemikir Islam
Selain daripada ahli pemikir dan cendikiawan di barat, Islam sendiri tidak ketinggalan dalam memberi panduan daripada segi bimbingan dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal. Kerana Islam menekankan perkembangan seseorang kanak-kanak itu biar seimbang daripada segi duniawi serta ukhari. Terdapat ramai pemikir Islam yang memberi sumbangan dalam pendidikan, terutama pendidikan awal kanak-kanak.
Pandangan Islam dalam pembentukkan kurikulum jelas sekali termaktub dalam peasanan Saidina Ali R.A. yang bermaksud, "didiklah anak-anak mu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu."
Antara beberapa teori dan pandangan dikemukakan oleh tokoh, dua orang tokoh berikut memberi sumbangan yang sangat menarik :
Imam Al-Ghazali
Imam Ghazali memberi penekanan bahawa kanak-kanak perlu :
- Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca.
- Diberi pendidikan agama berlandaskan Al-Quran dan hadith bagi membentuk peribadi mulia.
- Diberi latihan jasmani bagi membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan.
- Dilatih mengamal budi perkerti yang mulia dan tabiat yang baik.
- Dilatih mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua serta mentaati kedua ibu bapa.
- Diberi nasihat ke atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali kala sahaja supaya mereka lebih menghormati orang tua.
- Dibimbing berkenaan kewajipan terhadap agama dan hukum agama Islam apabila mereka sudah cerdik dan berakal.
- Diawasi oleh ibu bapa kerana mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran dan tingkahlaku masyarakat.
Ibnu Khaldun pula berpendapat kanak-kanak :
- Perlu menggunakan belajar yang disusun dengan baik.
- Belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka.
- Perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik.
- Diajar membaca Al-Quran sebelum menghafalnya.
- Menerima bimbingan dengan lemah lembut, bukan melalui kekerasan.
- Mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa.
Petikan dari:
Panduan Kurikulum Prasekolah (m.s. 21-22) oleh Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad. Universiti Putra Malaysia.
salam.. mohon berkongsi ye.. menarik ! =)
ReplyDelete