Satu program Keibubapaan ' MASA ITU HANYA SEKALI' telah diadakan di SK Lohan pada 7-8 Julai 2012 bersama-sama masyarakat Kampung Lohan. Kampung Lohan terletak 9 km dari pekan Ranau.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan guru di Kampung Lohan diatas layanan mesra yang diberi kepada kami semasa mengadakan program. Sama-sama kita doakan agar ilmu yang kami kongsikan diberkati Allah SWT, bermanfaat, dapat diamalkan dan seterusnya menjadikan anak-anak di Kampung Lohan anak-anak yang cemerlang, dari segi akademik dan agama mereka, membesar menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, yang soleh dan bertaqwa. Amin.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan guru di Kampung Lohan diatas layanan mesra yang diberi kepada kami semasa mengadakan program. Sama-sama kita doakan agar ilmu yang kami kongsikan diberkati Allah SWT, bermanfaat, dapat diamalkan dan seterusnya menjadikan anak-anak di Kampung Lohan anak-anak yang cemerlang, dari segi akademik dan agama mereka, membesar menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, yang soleh dan bertaqwa. Amin.
Dalam foto ini : Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana, Ustaz Nazri b. Abdullah, Encik Rusining Rusidi (Pegawai Pelajaran Daerah Ranau).
Pada pagi Sabtu, 7 Julai 2012 kami berada di Dewan SK Lohan untuk mengadakan 2 ceramah untuk ibubapa SK Lohan. Encik Rusining Rusidi telah merasmikan program ini dan turut bersama kami hingga tamat program - seorang pegawai yang sungguh komited dan sangat menggambil berat mengenai pendidikan kanak-kanak di kawasan Ranau. Terima kasih diatas sokongan tuan!Ustaz Nazri b. Abdullah, juga dikenali dengan nama Ustaz Nazri Al Dusuni membuka tirai program dengan menyampaikan ceramah 'Peranan & Tanggungjawab Ibubapa Dalam Melunaskan dan Membentuk Hak Pendidikan dan Penjagaan Terhadap Anak'. Satu ceramah yang sangat baik dan memberi banyak panduan untuk menjadi ibubapa dan anak yang cemerlang!
Sebahagian dari ibubapa yang hadir pada pagi itu. Sungguh besar pengorbanan ibubapa yang sanggup datang untuk program ini. Kita doakan semoga Allah SWT memberi banyak pahala dan kebaikan kepada ibubapa yang hadir ke majlis ilmu ini ; dan menjadikan anak-anak mereka anak-anak yang berkelakuan dan berperangai baik sepertimana Allah SWT telah mencantikan rupa bentuk mereka, dan menjadi anak-anak yang cemerlang. Amin.
Ceramah kedua pada pagi itu bertajuk 'Perkembangan Menyeluruh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak' oleh pihak Tadika Astana mengenai pentingnya penglibatan ibubapa untuk merangsangkan anak-anak mereka di rumah dari lahir dan pentingnya menghantar kanak-kanak ke prasekolah. Umur 0-5 tahun adalah peringkat yang amat 'KRITIKAL' dalam perkembangan otak kanak-kanak yang mempengaruhi 'intelligence'. Ibubapa disarankan JANGAN mengsia-siakan MASA ini . Ceramah ketiga bertajuk ' Literasi Awal' - menekan peranan ibubapa untuk menyemaikan budaya membaca dan mendidik anak-anak membaca dari dalam kandungan hingga besar, atau umur seterusnya. Beberapa aktiviti literasi awal yang boleh dilakukan oleh ibubapa dikongsikan .
Encik Jabilin Hadimin, Timbalan YDP PIBG SK Lohan memberi ucapan. Beliau turut bersama kami dari awal hingga tamat program. Terima kasih diatas sokongan tuan dan semua ahli PIBG.
Puan Asnah Ariffin, PK Kurikulum 1 dan Timbalan Pengerusi Program Keibubapaan ini - yang bekerja keras bersama AJK Program untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada AJK program dan semua guru SK Lohan.
BENGKEL GURU di Tabika KEMAS, Kampung Lohan
Ahad, 8 Julai 2012
Ahad, 8 Julai 2012
Bengkel diadakan di Tabika KEMAS, Kampung Lohan dan dirasmikan oleh Encik Rusining Rusidi (PPD Daerah Ranau). Ibubapa turut hadir bersama guru-guru dari prasekolah, tabika KEMAS dan Perpaduan untuk bengkel ini yang dikendalikan oleh Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana.
Foto : Encik Rusining b. Rusidi berucap dan merasmikan bengkel.
Cikgu Ann Lian berkongsi cara pengajaran yang digunakan di Tadika Astana. Bahagian pertama mengenai tema dan membuat 'webbing'.Cikgu Ann Lian mengadakan aktiviti 'music and movement' bersama para guru dan ibubapa. Selepas waktu rehat, kami menunjukkan cara mengajar anak membaca dengan menggunakan module bacaan dari Tadika Astana. Masa tidak cukup untuk berkongsi banyak lagi dan untuk menjawab soalan-soalan dari ibubapa serta guru. Kami sangat kagum dengan komitment dan daya ingin tahu dari guru dan ibubapa yang hadir. Terima kasih kerana sudi bersama kami. Semoga ilmu yang kami kongsikan dapat dimanfaatkan, diamalkan dan diberkati Allah SWT untuk kebaikan anak-anak di Kampung Lohan.
Kepada guru dan ibubapa Kampung Lohan - jemputlah ke Miri untuk melawat kami ! Kami mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Kampung Lohan.
Kepada guru dan ibubapa Kampung Lohan - jemputlah ke Miri untuk melawat kami ! Kami mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Kampung Lohan.
Ranau
Terdapat dua tarikan pelancung di Ranau : Sabah Tea Plantation dan Air Panas Poring. Kami sempat melawat Sabah Tea Plantation.
Ladang Teh
Berbagai jenis Sabah Tea
Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau
aik! Sekolah Kerajaan? Sekolah Kebangsaan bah... :P
ReplyDelete