Sunday, March 11, 2012

Penyakit HFM - Tangan Kaki dan Mulut

Kami ingin mengingati ibubapa agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap wabak penyakit HFM. Jangkitan berlaku akhibat kurang kebersihan diri atau terdedah kepada virus di tempat dan persekitaran yang sesak. Penyakit ini menjangkiti seseorang melalui sentuhan terus dengan orang yang telah dijangkiti : najis, air liur, lelehan dari kerongkong dan mulut mereka. Untuk mengelak jangkitan daripada terus menular, semua ahli keluarga dikehendaki mengamalkan amalan kebersihan diri.

Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dan lepuh ditangan, kaki dan kawasan punggung.
  • Ulser dalam mulut dan kerongkong.
  • Demam
  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan.


Dalam masa cuti sekolah ini, elakkan membawa anak-anak ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah, kolam renang, pasar, pawagam, perpustakaan atau tempat makan / restaurant.

Di tadika, kami telah memesan kepada kanak-kanak agar selalu mencuci tangan selepas ke tandas, sebelum dan sesudah makan, selepas bermain dan jangan memasukkan pensel, pemadam, barang mainan ke dalam mulut. Kami juga mengajar kanak-kanak mencuci tangan dengan cara yang betul. Selain dari itu, kami sentiasa memastikan tandas, bilik, meja dan kerusi, barang-barang mainan, lantai, dan lain-lain bersih dan di 'disinfect'. Kanak-kanak yang hadir di periksa setiap hari dan sekiranya terdapat yang kurang sihat ~ kami akan minta kanak-kanak itu dibawa balik.

Untuk peringatan ibubapa ~ jangan hantar anak ke sekolah sekiranya demam, berhingus, batuk, sakit perut, cerit-birit, mata merah atau penyakit lain yang berjangkit. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak dan jaga kebersihan mereka.

Gunakan masa cuti dengan baik - ajak anak-anak membaca, membuat kraf tangan, menonton program TV, bersama, belajar melalui website pendidikan (educational) dan membuat kerja rumah bersama.

No comments:

Post a Comment