Sunday, March 11, 2012

Bekalan Makanan Untuk Waktu Rehat

Berilah perhatian kepada makanan yang dibekalkan kepada anak-anak untuk waktu rehat. Mungkin kerana cara hidup sekarang, kesuntukkan masa dan kesibukkan bekerja, kita cenderung menggambil jalan mudah untuk memberi makanan seperti mi segera, makanan yang diproses seperti nuget, sosej, bebola daging, ikan, udang; coklat, keropok, gula-gula dan lain-lain kepada anak-anak kita. Memang kanak-kanak suka makanan-makanan seperti ini tetapi adakah makanan ini baik untuk anak-anak kita?
Di Tadika, masih ramai ibubapa yang selau membekalkan mi segera, biskut manis, sosej, nugget , dan lain-lain makanan yang tidak berkhasiat untuk anak-anak. Ingatlah makanan akan menjadi darah daging : sekira memberi makanan yang baik dan berkhasiat ~ anak akan membesar sihat dan tidak mudah menghidap penyakit tetapi makanan yang tidak berkhasiat ~ anak akan menghadapi banyak masalah kesihatan apabila dewasa kelak. Makanan segera dan makanan yang diproses mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menjadi racun dalam badan. Bayangkan berapa banyak 'racun' terkumpul dalam badan kanak-kanak sekiranya dimakan dari kecil hingga dewasa.
Seperti mana kita sanggup berkorban duit, masa dan tenaga untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak, kita harus juga menyediakan makanan yang terbaik dan berkhasiat supaya anak-anak kita membesar menjadi orang dewasa yang sihat.

Sebagai panduan untuk menyediakan makanan, rujuk kepada rajah diatas. Di dalam buku 'Totto-chan The Little Girl at the Window' oleh Tetsuko Kuroyanagi, yang diterjemahkan oleh Dorothy Britton - guru besar sekolah Totto-chan menyuruh ibubapa menyediakan makanan yang mesti mengandungi 'something from the ocean and something from the hills'.
[The headmaster had adopted the phrase to describe a balanced meal . 'Something from the ocean' meant seafood while 'something from the hills' meant food from the land - like vegetables, beef, and chicken.] petikan dari muka surat 31-32.
Ramai juga ibubapa mengatakan anak-anak tidak suka makan sayur atau makanan yang berkhasiat walau pun banyak kali diajak. Dalam hal ini, ibubapa boleh melatih dan menggalakkan anak-anak makan dari awal lagi; dan yang penting ~ ibubapa sendiri mesti menunjukkan teladan suka makan sayur dan menyediakan makanan berkhasiat di rumah. Satu cara untuk menggalakkan anak-anak makan ialah mengajak mereka bersama dalam menyediakan makanan. Dari pengalaman kami di tadika, dengan menggunakan kaedah ini, kanak-kanak bukan sahaja seronok menyediakan makanan sendiri malah lebih mudah untuk memakannya.
Cuba hidangkan makanan dalam bentuk menarik - contoh : sandwic pelbagai bentuk. Tonton program masakan bersama dan minta cadangan untuk menu makanan. Ajak anak bersama-sama menyediakan makanan. Dengan cara ini , kanak-kanak merasa bangga dengan hasil yang 'di buatnya' serta akan berminat dan teruja untuk makan!
Semasa lawatan ke Seoul tahun lepas, kami memerhatikan makanan yang dibekalkan kepada kanak kanak di sana - lihatlah foto berikut. Satu perkara yang menarik ialah semua makanan yang dibekalkan oleh kanak-kanak mesti ada bahagian buah-buahan. Dari umur yang awal ini, mereka telah digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran.


Kurangkan makanan segera dan 'fast food'. Jagalah kesihatan anak-anak dan berilah makanan yang baik dan berkhasiat! Diharapkan foto-foto dari Korea ini dapat memberi idea dan percayalah bahawa kanak-kanak boleh diajak makan sayur dan buah-buahan.

Peringatan : Untuk sambutan hari jadi anak, makanan segera atau 'JUNK FOOD' tidak dibenarkan untuk diberi sebagai buah tangan atau 'party pack'. Gantikan ini dengan memberi buku, alat-alat tulis, permainan berunsur pendidikan contoh 'jigsaw puzzle', atau buah-buahan. Diharapkan juga ibubapa berusaha menyediakan makanan yang berkhasiat dan bekalkan juga sedikit buah-buahan.

Sebagai rujukan tambahan, sila klik pautan berikut: Jamie Oliver's Food Revolution








No comments:

Post a Comment