Sunday, August 9, 2015

Pendekatan Reggio Emilia

Dipetik dari kertas kerja Dr. Rebecca Berlin, Chief Strategy Officer, Teachstone Training LLC, USA yang dibentangkan di konferens ECCE International Rendezvous 2015 di Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2015.

Sejarah Reggio Emilia
Diasaskan oleh seorang guru atau pendidik bernama Loris Malaguzzi di sebuah bandar bernama Reggio. di daerah Emilia Romagna, Italy  selepas perang dunia ke2.  Malaguzzi dengan kerjasama ibubapa  melahirkan sebuah sistem untuk mengasuh serta mendidik kanak-kanak di daerah itu.

Pendekatan Reggio Emilia
Aspek penting untuk menjayakan pendekatan ini ialah :

  • Peranan kanak-kanak
  • Peranan alam sekeliling
  • Peranan pendidik/guru
  • Permerhatian dan dokumentasi
  • Peranan projek

Falsafah dan Teori  Pendekatan Reggio Emilia
1.  Seorang kanak-kanak berperanan sebagai seorang 'protagonist', 'collaborator' dan 'communicator'
2.  Guru adalah seorang rakan kerja, pengasuh, memimpin dan penyelidik
3. Bekerjasama atau 'cooperation' adalah asas sistem pembelajaran ini.
4.  Alam persekitaran merupakan 'guru' yang ketiga.
5. Ibubapa merupakan rakan atau 'partner'.
6. Alat komunikasi adalah dari hasil kerja yang telah di rekod atau 'documentation'.

Peranan Kanak-Kanak

  • Merupakan seorang penyelidik
  • Meneroka alam persekitaran dan membuat penemuan baru.  Pembelajaran berasas kepada minat atau ingin tahu terhadap sesuatu perkara,  bukan mengikut skedule yang telah ditetapkan tetapi secara spontan.
  • Minat serta keinginan tahu adalah faktor utama kurikulum dan seorang guru dapat mengenalpasti apa yang diminati oleh kanak-kanak.

Peranan Alam Persekitaran

  • Merupakan 'pendidik' yang ketiga (the 'third' teacher).
  • Sekolah adalah dinamik atau berfungsi sebagai 'organisma yang hidup'
  • Organisasi alam persekitaran fizikal amat penting.
  • Dalam sekolah, ada sebuah 'studio'  - dimana terdapat tanah liat (clay), cat, bahan-bahan untuk menulis.
  • Struktur fizikal sekolah penting. 

Perana Guru/Pendidik
Peranan seorang guru dalam pendekatan RM adalah sangat kompleks.
Guru adalah seorang:

  • pelajar
  • penyelidik
  • pakar rujuk
  • yang memimpin
  • pemerhati
  • pendengar
  • merekod hasil kerja kanak-kanak dan pembangunan kelas
  • yang meransang
  • yang dapat berbincang dengan guru lain dan ibubapa
  • yang mengeratkan pertalian dan hubungan diantara rumah, sekolah dan komuniti.

Peranan Projek

  • Ada projek yang boleh diselesaikan dalam jangkamasa pendek (short term) dan ada yang menggambil masa yang panjang (long-term).
  • Sebuah projek dijalankan atas minat kanak-kanak bukan ditentukan oleh guru.  Projek tidak dirancangkan terlebih dahulu oleh guru tetapi di hasilkan berdasarkan minat kanak-kanak (child-led project approach).









No comments:

Post a Comment