Tuesday, July 30, 2013

Kem Ramadan 2013

Setiap Ramadan, lazimnya kita mengadakan Kem Ramadan untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun agar lebih memahami Ramadan, amalan-amalan yang dianjurkan dalam bulan ini serta mempraktikan  solat, menggambil wuduk, hafalan dan lain-lain.   Program ini bermula dari pagi sehingga selesainya solat tarawih dan witir.


Selepas solat Dhuha, kanak-kanak  berzikir dipimpin oleh abang Khairy (pelajar dari Mesir).
Hafalan Surah lazim mengikut kumpulan.
Sesi kraf tangan :  Membuat lencana (badge)  -  kanak-kanak memilih corak dan menghiaskan badge dengan berbagai bahan : butang, sequins, bunga, dan lain-lain.
Berbagai lencana (badge) hasil tangan kanak-kanak.
Di Masjid Darul Ehsan untuk menunaikan solat zuhur, belajar adab-adab masuk masjid dan apabila didalam masjid.
Kanak-kanak menunggu untuk solat zuhur.
Kanak-kanak bersama guru dan pembantu-pembantu program.
Sesi memasak -  menghias donut.
 
Donut yang telah dihias ~ untuk dijamu bila berbuka puasa.
Foto-foto seterusnya menunjukkan kanak-kanak bekerja dengan tekun membuat buku besar mengenai Ramadan.
 
 
 
 
Buku Besar :  RAMADAN
Aktiviti luar dan riadah selepas solat A'sr.
Sesi bercerita sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Sebahagian dari kaum bapa yang sedang menunggu untuk berbuka puasa dan solat bersama anak-anak.
Kanak-kanak sedia untuk berbuka puasa dengan hidangan buah kurma, air ~  bersama guru-guru, ibubapa dan ahli keluarga.   Selepas berbuka, kami menunaikan fardhu maghrib dan seterusnya solat Isyak, tarawih dan witir.   Kanak-kanak turut bersama mempraktikan amalan-amalan di bulan Ramadan.  Semoga semua amalan kami yang baik diterima oleh Allah SWT dan kami doakan agar kanak-kanak ini akan membesar menjadi Muslim dan Muslimah yang baik.   Amin.










No comments:

Post a Comment