Panduan Piramid kanak-kanak mencadangkan agar anak anda mengambil lebih dari 2 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari. Adalah penting bagi anak anda untuk mendapat keperluan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi kerana kedua-duanya mengandungi vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan sihat yang dikenali sebagai fitokimia. Kebanyakan fitokimia merupakan antioksida yang dipercayai boleh melawan sesetengah penyakit. Bahan-bahan inilah yang memberi buah-buahan dan sayuran warna yang berbeza.
Anda perlu mula memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak anda pada usia awal kerana ia akan menjadi satu cabaran untuk memberi mereka sayur-sayuran pada kemudian hari.
Terdapat beberapa cara untuk memperkenalkan sayur-sayuran dalam dietnya ........
mengisar sayur-sayuran dan mencampurkan ke dalam sup dan bubur anak anda.Kanak-kanak memang secara semulajadinya akan lebih mudah menerima buah-buahan kerana rasanya yang manis. Terdapat banyak cara untuk memperkenal atau memberi anak anda makan buah-buahan. Anda boleh mengisar, melumat, memerah jus, mendingin, menghancur atau menambah buah-buahan kepada bijirin sarapan anak anda!
Kanak-kanak lebih mudah untuk mencuba makan sayur-sayuran atau buah-buahan sekiranya diajak bersama-sama menyediakannya ~ seperti mencuci, memotong (untuk buah-buahan lembut seperti betik dengan piasau plastik), memetik daun, menyucuk (sepert dalam kebab), menyusun dalam pinggan dan lain-lain. Anak-anak merasa bangga melihat hasil kerjanya dan akan makan apa yang telah disediakannya!

Dipetik dari "Positive Parenting" Vol 3 (2009) pg 43
No comments:
Post a Comment