Sunday, February 19, 2012

School Library

To date, there are more than 4,000 books of different genres in the library for the children.
These are fairy tales and stories focusing on sight words.
Attractive books for the children !
Books in Bahasa Melayu.

Favourite fables or tales in Jawi.
Islamic books and books in Arabic language.

Big books.
Library day is every Thursday. The children choose 2 books that they like ~ one book in Bahasa Melayu and the other in English. However, they can borrow more than 2 books if they wish.
Children choosing the books from the Bahasa Melayu section. We have installed pustakanet-system for the borrowing and returning of books. The books are bar coded and the children have their own ID. To borrow a book, all Ms Nur Aliya has to do is to scan the bar code on the book to the child's ID number. This system has saved us from manually writing the titles, dates of borrow and return. Here's Ms Nur Aliya processing the child's books.
These are the teachers' resource books.




Handy Teaching Aids

Here's some useful and simple teaching aids that can be used in the class. Print out the numbers, alphabet, days and months - and laminate them so that they can last at least for a year. Place them on every table; it's used every day and very handy for the children ~ especially when the children have lots of writing to do!
Here's another way to keep pencils, colour pencils and marker pens on the children's table.





Thursday, February 16, 2012

Mengawal Pengambilan Makanan Segera

Memberi makanan segera kepada anak anda sememangnya cara cepat dan mudah untuk mengisi perut, tetapi jika diberi terlalu kerap, anak anda mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan. Anda perlu mengehadkan makanan segera bagi anak anda.

Makanan segera ditakrifkan sebagai makanan yang dihidangkan apabila dipesan dan disediakan dengan pantas. Ini termasuk makanan segera jenis Barat serta masakan penjaja tempatan. Dengan adanya begitu banyak restoran makanan segera dan dengan jadual anda yang sibuk, memang sukar untuk mengelak sepenuhnya pengambilan makanan segera. Masalah timbul apabila kanak-kanak terlalu banyak makanan segera. Pengambilan makanan segera berlebihan sering dikaitkan dengan kegemukan dan juga kekurangan zat makanan.
Bagi kanak-kanak, makanan masakan rumah yang berkhasiat adalah terbaik. Meskipun anda benar-benar mahu mengelakkan pengambilannya, anda tidak mungkin mengenepikan sepenuhnya makanan segera daripada pemakanan anak anda. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba menetapkan garis panduan yang sihat dan manasabah apabila menyediakan makanan segera.
Didiklah Anak Anda. Jangan asyik katakan 'tidak atau NO' dan mengharamkan makanan segera sama sekali. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda lebih teringin mencuba makanan tersebut, dan mendorongnya untuk makan secara sorok. Sebaliknya didik anak anda untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan amalkan pemakanan yang sihat.
Ajak Simanja Bersama Menyediakan Makanan. Dengan cara ini, anak anda tahu jenis-jenis makanan yang ada, merasa seronok membantu menyedia makanan dan lebih senang diajak makan. Sebaik-baiknya, bawa anak anda pergi membeli-belah untuk bahan makanan, memilih buah gemarannya dan mengajar membuat pilihan yang sihat.

Tetapkan Had. Jika anda memberi makanan segera, hadkan jumlah yang diberikan. Kanak-kanak akan makan berlebihan apabila dihidangkan jumlah makanan yang banyak. Tentukan saiz hidangan yang sesuai baginya. Hadkan juga kekerapan pengambilan makanan segera kepada sekali atau dua sahaja sebulan.

Bijak Memilih. Apabila anda mengunjungi restoran makanan segera, gunakan beberapa strategi pemilihan semasa membuat pesanan makanan. Ketahui kandungan pemakanan setiap jenis makanan sebelum memesan. Pilih makanan yang lebih sihat - kurang lemak, garam, atau gula, dan lebih banyak ramuan segar. Disamping itu, pelbagaikan variasi makanan yang diambil.

Jangan Pentingkan Makanan Segera. Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan seolah-olah kegiatan yang menyeronokkan, terutamanya jika anak cerewet makan. Jika tidak, dia akan mengaotkan makanan segera dengan keseronokan. Jangan gunakan makanan segera sebagai ganjaran. Terdapat cara lain, contohnya membeli buku, bersiar-siar di taman, berkelah, ataupun bermain bersama, dan sebagainya, untuk memberi ganjaranselain dari mengunjungi restoran makanan segera.

Makan Lebih Kerap Di Rumah. Cuba luangkan masa untuk menyediakan sajian masakan rumah untuk seisi keluarga. Terdapat pelbagai sajian yang lazat dan sihat yang boleh disediakan tanpa perlu menghabiskanterlalu banyak masa. Ajak simanja anda menolong di dapur untuk menjadikan pengalaman makanan di rumah lebih seronok dan lebih berselera.

Jadikan Teladan Yang Baik. Kanak-kanak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai teledan. Jika anda membuat pesanan saiz besar, pujukan dan nasihat anda tidak bermakna apabila anak melihat tingkah laku anda. Cuba makan di rumah bersama anak anda dengan lebih kerap.


dipetik dari "Positive Parenting' Vol 1. 2009 ms 43









Thursday, February 9, 2012

Mengajak Anak Makan Sayur dan Buah-buahan


Panduan Piramid kanak-kanak mencadangkan agar anak anda mengambil lebih dari 2 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari. Adalah penting bagi anak anda untuk mendapat keperluan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi kerana kedua-duanya mengandungi vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan sihat yang dikenali sebagai fitokimia. Kebanyakan fitokimia merupakan antioksida yang dipercayai boleh melawan sesetengah penyakit. Bahan-bahan inilah yang memberi buah-buahan dan sayuran warna yang berbeza.
Anda perlu mula memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak anda pada usia awal kerana ia akan menjadi satu cabaran untuk memberi mereka sayur-sayuran pada kemudian hari.
Terdapat beberapa cara untuk memperkenalkan sayur-sayuran dalam dietnya ........
termasuklah memasukkan sayur-sayuran yang dipotong ke dalam mi gorengnya secara senyap atau
mengisar sayur-sayuran dan mencampurkan ke dalam sup dan bubur anak anda.
Kanak-kanak memang secara semulajadinya akan lebih mudah menerima buah-buahan kerana rasanya yang manis. Terdapat banyak cara untuk memperkenal atau memberi anak anda makan buah-buahan. Anda boleh mengisar, melumat, memerah jus, mendingin, menghancur atau menambah buah-buahan kepada bijirin sarapan anak anda!

Kanak-kanak lebih mudah untuk mencuba makan sayur-sayuran atau buah-buahan sekiranya diajak bersama-sama menyediakannya ~ seperti mencuci, memotong (untuk buah-buahan lembut seperti betik dengan piasau plastik), memetik daun, menyucuk (sepert dalam kebab), menyusun dalam pinggan dan lain-lain. Anak-anak merasa bangga melihat hasil kerjanya dan akan makan apa yang telah disediakannya!



Dipetik dari "Positive Parenting" Vol 3 (2009) pg 43