Saturday, May 14, 2011

Teacher Appreciation Day


Teacher's Day in Malaysia is on Monday 16 May. To all teachers all over the world and especially teachers of Tadika Astana .........

Doa : Segala puji bagi Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan serta Rasul utusan, begitu juga keluarga dan sahabat kesemuanya.


Ya Allah! Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari dan berkatilah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami.


Ya Allah ! Anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik serta tambahkanlah kasih sayang antara kami.



Ya Allah! Kami berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak memberi manafaat kepada kami dan agama kami, jadikan kami orang yang beramal dengan ilmu yang Engkau telah berikan kepada kami.



Ya Allah! Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongkan yang mengunakan ilmu untuk merosakkan agama, negara dan bangsa.



Ya Allah! Kami memohon kepadaMu agar anak-anak didikan kami akan membesar menjadi orang-orang yang berperangai baik dan berahlak mulia, berilmu, beramal, bertaqwa, yang soleh serta berlaku baik kepada ibubapa mereka.



Ya Allah! Kami memohon kepadaMu agar anak-anak didik kami membesar menjadi orang yang sentiasa rajin belajar hingga mencapai kejayaan dan dapat menyumbangkan kebaikkan kepada agama dan bangsa.



Ya Allah! Kami memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai. Mudahkan dan lapangkan dada kami. Akhirkan amalan kami dengan amalan yang baik, ya Tuhan kami, Tuhan yang memelihara alam ............... Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda SAW, keluarga dan sahabat sekalian.



Amin.


1 comment:

  1. Amin...smoga Allah membalas jasa smua cikgu yg mendidik ank kami kerana jasa kalian smua tdk dpt kami balas dgn ucapan & hadiah.

    ReplyDelete