Makanan segera ditakrifkan sebagai makanan yang dihidangkan apabila dipesan dan disediakan dengan pantas. Ini termasuk makanan segera jenis Barat serta masakan penjaja tempatan. Dengan adanya begitu banyak restoran makanan segera dan dengan jadual anda yang sibuk, memang sukar untuk mengelak sepenuhnya pengambilan makanan segera. Masalah timbul apabila kanak-kanak terlalu banyak makanan segera. Pengambilan makanan segera berlebihan sering dikaitkan dengan kegemukan dan juga kekurangan zat makanan.
Bijak Memilih. Apabila anda mengunjungi restoran makanan segera, gunakan beberapa strategi pemilihan semasa membuat pesanan makanan. Ketahui kandungan pemakanan setiap jenis makanan sebelum memesan. Pilih makanan yang lebih sihat - kurang lemak, garam, atau gula, dan lebih banyak ramuan segar. Disamping itu, pelbagaikan variasi makanan yang diambil.
Jangan Pentingkan Makanan Segera. Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan seolah-olah kegiatan yang menyeronokkan, terutamanya jika anak cerewet makan. Jika tidak, dia akan mengaotkan makanan segera dengan keseronokan. Jangan gunakan makanan segera sebagai ganjaran. Terdapat cara lain, contohnya membeli buku, bersiar-siar di taman, berkelah, ataupun bermain bersama, dan sebagainya, untuk memberi ganjaranselain dari mengunjungi restoran makanan segera.
Makan Lebih Kerap Di Rumah. Cuba luangkan masa untuk menyediakan sajian masakan rumah untuk seisi keluarga. Terdapat pelbagai sajian yang lazat dan sihat yang boleh disediakan tanpa perlu menghabiskanterlalu banyak masa. Ajak simanja anda menolong di dapur untuk menjadikan pengalaman makanan di rumah lebih seronok dan lebih berselera.
Jadikan Teladan Yang Baik. Kanak-kanak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai teledan. Jika anda membuat pesanan saiz besar, pujukan dan nasihat anda tidak bermakna apabila anak melihat tingkah laku anda. Cuba makan di rumah bersama anak anda dengan lebih kerap.

dipetik dari "Positive Parenting' Vol 1. 2009 ms 43
No comments:
Post a Comment