Showing posts with label Makan Sayur dan Buah. Show all posts
Showing posts with label Makan Sayur dan Buah. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Mengajak Anak Makan Sayur dan Buah-buahan


Panduan Piramid kanak-kanak mencadangkan agar anak anda mengambil lebih dari 2 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari. Adalah penting bagi anak anda untuk mendapat keperluan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi kerana kedua-duanya mengandungi vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan sihat yang dikenali sebagai fitokimia. Kebanyakan fitokimia merupakan antioksida yang dipercayai boleh melawan sesetengah penyakit. Bahan-bahan inilah yang memberi buah-buahan dan sayuran warna yang berbeza.
Anda perlu mula memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak anda pada usia awal kerana ia akan menjadi satu cabaran untuk memberi mereka sayur-sayuran pada kemudian hari.
Terdapat beberapa cara untuk memperkenalkan sayur-sayuran dalam dietnya ........
termasuklah memasukkan sayur-sayuran yang dipotong ke dalam mi gorengnya secara senyap atau
mengisar sayur-sayuran dan mencampurkan ke dalam sup dan bubur anak anda.
Kanak-kanak memang secara semulajadinya akan lebih mudah menerima buah-buahan kerana rasanya yang manis. Terdapat banyak cara untuk memperkenal atau memberi anak anda makan buah-buahan. Anda boleh mengisar, melumat, memerah jus, mendingin, menghancur atau menambah buah-buahan kepada bijirin sarapan anak anda!

Kanak-kanak lebih mudah untuk mencuba makan sayur-sayuran atau buah-buahan sekiranya diajak bersama-sama menyediakannya ~ seperti mencuci, memotong (untuk buah-buahan lembut seperti betik dengan piasau plastik), memetik daun, menyucuk (sepert dalam kebab), menyusun dalam pinggan dan lain-lain. Anak-anak merasa bangga melihat hasil kerjanya dan akan makan apa yang telah disediakannya!



Dipetik dari "Positive Parenting" Vol 3 (2009) pg 43